seni

Ahad, 1 November 2009

Membuat Corak dan Rekaan
Subjek Kajian : Bunga
Jenis-jenis bunga





Bunga kobis Bunga pagoda Orkid sabah
Bunga puteri








Bunga
Bunga small
Bunga liar
Bunga kinmokusi







Bunga tasbih
Bunga tanjung
Bunga raya Bunga shimpur








Bunga kintami
Bunga pahar kerbang Bunga tahi ayam
Bunga seri

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak terhasil daripada pengulangan daripada garisan, rupa, bentuk, jalinan dan warna. Corak boleh terhasil daripada pengulangan unsur seni dan ia boleh belaku pengulangan secara terancang mahupun tidak terancang. Selain itu motif yang terdapat dalam corak doleh dibahagikan kepada iaitu dari unsur flora, fauna, geometri dan buatan manusia.

Corak tidak terancang secara:
1 Pualaman
2 Tiupan
3 Titisan
4 Ikatan dan celupan
5 Renjisan dan percikan

Corak terancang dalam:
1 Lukisan


2 Catan


Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. ASPEC apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
Alatan yang digunakan dalam eksprementasi mencorak.

pendahuluan

Pendahuluan

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama pendidikan seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana hubungan seni di sekolah. Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, seni dalam pendidikan turut mengalami impak yang hebat bagi menggalas cabaran ini. Seni dalam pendidikan turut membantu kita membina keupayaan untuk menangani perubahan pesat yang sedang belaku. Menurut kajian selama 20 tahun kebelakangan ini oleh ahli pisikologi kognitif dan ahli konstruktivisme yang mengkaji tentang bagaimana manusia belajar, telah menetapkan bahawa kanak-kanak tidak memperolehi pengatahuan secara pasif. Mereka mendapat pegetahuan secara aktif. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Perolehan pengalaman ini menerusi aktiviti meneroka, mengeksperimentasi dan mengolah objek atau bahan. Kebanyakan aktiviti ini banyak belaku dalam bidang pendidikan seni visual seperti bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan dan bidang mengenal kraf tradisional. Pengalaman ini penting kerana ia menbantu murid dalam membina keyakinan diri, membuat penilaian kendiri dan mengenal citarasa sendiri. Dalam teori konstruktivisme berhubung rapat dalam perkembangan pemikiran kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses diatas. Oleh itu kegiatan seni akan membolehkan pelajar meluahkan idea secara bebes dan kreatif. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann yang menunjukkan perkembangan otak kanan dan kiri, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Ini terbukti dengan pencapaian seorang tokoh ilmiah zaman dahulu seperti Leonardo da Vinci. Beliau seorang yang berjaya kerana boleh berjaya di dalam pelbagai bidang seperti seorang seniman, jurutera, anatomi dan saintis. Beliau tidak memisahkan diantara bidang-bidang tersebut tetapi mneggabungkannya untuk mencapai hasil yang bermakna.

Bidang Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek menggambar. Imaginasi serta bayangan pelajar terhadap pemikiran mereka boleh di luahkan pada proses menggambar. Dalam menggambar pelajar akan mengaplikasi teknik dan media untuk menghasilkan gambar. Selain menekankan aspek seperti garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna selain itu struktur rekaan dan prinsip rekaan juga diberi penekanan untuk membantu perkembangan idea pelajar dalam bidang ini. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah seperti:

1.Lukisan 2.Catan

3.Kolaj 4.Capan

5.Montaj 6.Percikan

7.Gosokan 7.Gurisan

Terdapat banyak lagi jenis aktiviti dalam menggambar. dalam bidang ini menekankan perkembnagan imaginasi, kreativiti, dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran pemerhatian alam persekitaran menjadi focus kegiatan menggambar. kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka.

Oleh:

Mohd. Syahnon B. Mahdini

Jumaat, 26 Jun 2009