seni

Ahad, 1 November 2009

pendahuluan

Pendahuluan

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama pendidikan seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana hubungan seni di sekolah. Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, seni dalam pendidikan turut mengalami impak yang hebat bagi menggalas cabaran ini. Seni dalam pendidikan turut membantu kita membina keupayaan untuk menangani perubahan pesat yang sedang belaku. Menurut kajian selama 20 tahun kebelakangan ini oleh ahli pisikologi kognitif dan ahli konstruktivisme yang mengkaji tentang bagaimana manusia belajar, telah menetapkan bahawa kanak-kanak tidak memperolehi pengatahuan secara pasif. Mereka mendapat pegetahuan secara aktif. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Perolehan pengalaman ini menerusi aktiviti meneroka, mengeksperimentasi dan mengolah objek atau bahan. Kebanyakan aktiviti ini banyak belaku dalam bidang pendidikan seni visual seperti bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan dan bidang mengenal kraf tradisional. Pengalaman ini penting kerana ia menbantu murid dalam membina keyakinan diri, membuat penilaian kendiri dan mengenal citarasa sendiri. Dalam teori konstruktivisme berhubung rapat dalam perkembangan pemikiran kreatif dan keperluan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses diatas. Oleh itu kegiatan seni akan membolehkan pelajar meluahkan idea secara bebes dan kreatif. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann yang menunjukkan perkembangan otak kanan dan kiri, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Ini terbukti dengan pencapaian seorang tokoh ilmiah zaman dahulu seperti Leonardo da Vinci. Beliau seorang yang berjaya kerana boleh berjaya di dalam pelbagai bidang seperti seorang seniman, jurutera, anatomi dan saintis. Beliau tidak memisahkan diantara bidang-bidang tersebut tetapi mneggabungkannya untuk mencapai hasil yang bermakna.

Bidang Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek menggambar. Imaginasi serta bayangan pelajar terhadap pemikiran mereka boleh di luahkan pada proses menggambar. Dalam menggambar pelajar akan mengaplikasi teknik dan media untuk menghasilkan gambar. Selain menekankan aspek seperti garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna selain itu struktur rekaan dan prinsip rekaan juga diberi penekanan untuk membantu perkembangan idea pelajar dalam bidang ini. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah seperti:

1.Lukisan 2.Catan

3.Kolaj 4.Capan

5.Montaj 6.Percikan

7.Gosokan 7.Gurisan

Terdapat banyak lagi jenis aktiviti dalam menggambar. dalam bidang ini menekankan perkembnagan imaginasi, kreativiti, dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran pemerhatian alam persekitaran menjadi focus kegiatan menggambar. kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka.

Oleh:

Mohd. Syahnon B. Mahdini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan